L O L L I P O P


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

New Star. [ Chapter 1 ]





Bismillah.
6 June 2016.
Hari pendaftaran bagi pelajar kolej matrikulasi. Ini permulaan baru aku sebagai pelajar matriks.

Aku masih ingat lagi yang aku akan mendapat tawaran matrikulasi ini. Gembira tak terkata. Perasaan itu masih segar dalam ingatan. Macam biasa, kita akan memulakan satu minggu yang memenatkan/menyeksakan iaitu orientation week. 

Selesai dengan minggu itu, pada hari keesokannya, aku dengan Mia tengok senarai nama praktikum yang ditampal di dewan besar. Aku berharap kami dapat sama praktikum. Maklumlah aku dengan Mia tak pernah berpisah sejak tadika lagi. Tetapi, malang sekali aku dengan Mia mendapat praktikum yang berlainan. Tak kisah lah dengan tu, yang aku risau kejap lagi ada sesi ice breaking dengan praktikum masing - masing. Aku kena tunjuk diri aku yang " baru " . Harap semuanya okay lah.

Dan semuanya berjalan dengan lancar. Yay! Hopefully nanti aku dengan diorang ni boleh lah ngam sampai semester 2. Cukuplah drama dekat sekolah menengah tu. Penat melayan. Bila fikirkan balik rasa kelakar pula. Biasalah semua tak matang lagi haha. Kitaorang diberi 3 hari untuk kenal each other and tahu selok - belok pasal kolej matrikulasi tu. Tambah lagi nak melayan senior - senior yang buat game ntah pape, terpaksa lah melayan karenah diorang. Kecil pula hati cik abang/kakak senior kita ni.

The next day, baru lah start belajar pasal benda basic for each subject. Dan first class aku dah start lambat. Nasib baik lah lecture tak masuk lagi. Aku mula cari tempat duduk yang aku suka. Suddenly aku perasan ada 2 orang budak baru masuk dekat praktikum aku. Lelaki dan perempuan. That girl tu duduk depan aku. Lelaki tu duduk sorang dekat meja belakang. First things in my mind is mesti dia ni pendiam. And then lecture masuk, dia suruh budak tu duduk next to me. Aku start tegur dia, tanya nama siapa, Then he replied, 
Adam.


to be continue~


0 comment[s] | back to top